Selamat Datang

Mingguan ILUVISLAM padat dengan pelbagai paparan yang dikupas daripada perspektif Islam. Merangkumi isu global, tempatan, keluarga, mahupun individu, ILUVISLAM menyediakan maklumat yang akan menambah kefahaman pembaca mengenai keindahan Islam

Daripada Editor

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah, kini umat Islam di seluruh dunia berpuasa Ramadan pada minggu kedua. Semoga penghayatan terhadap bulan mulia ini semakin bertambah dengan amal ibadah yang berterusan dan ikhlas. Pada masa sama, ingatlah kepada mereka yang memerlukan bantuan khususnya keluarga terdekat. Wang boleh dicari, tetapi persaudaraan tidak boleh dijual beli. Berzakat, derma dan sedekah adalah amalan menyucikan jiwa daripada sifat tamak dan kedekut. Kongsikan kegembiraan anda bersama mereka daripada kalangan warga emas, fakir miskin, saudara baru mahupun anak yatim. Mudah-mudahan rezeki anda bertambah dengan berkat doa mereka. Sesungguh kekayaan itu milik Allah, dan semoga anda bertambah kaya jiwa dan harta dengan izin-Nya. Insya-
Allah.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad).

Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga?

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
Read more »

Menjejaki Lokasi Bersejarah Rasulullah SAW di Madinah

Walaupun tempat-tempat bersejarah sudah acap kali dikunjungi oleh jemaah umrah mahupun haji, tetapi perasaan bosan tidak pernah bertandang di hati mereka.

Mengunjungi Masjid Nabawi seperti bertandang ke rumah Rasulullah SAW. Setiap tetamu yang datang perlu menjaga adab, tatatertib dan kebersihan sepanjang berada di sana. Bilangan pekerja yang ramai sentiasa bergerak untuk memastikan keadaan luar dan dalam masjid dijaga dengan baik. Ini kerana Masjid Nabawi dibuka 24 jam.

Seusainya solat Isyak, jemaah berpusu-pusu mendapatkan air zamzam yang disediakan sepanjang laluan dalam masjid. Pilih ikut suka, mahu yang sejuk atau biasa.

Di luar Masjid Nabawi, suasana begitu sibuk dengan aktiviti berjual beli. Bagaikan pasar lambak. Ada yang menggunakan kereta sorong, hamparan di lantai mahupun berdiri sambil melaunglaungkan jualannya kepada jemaah yang baru pulang dari masjid.
Read more »

Salahkah Ulama Masuk Politik?

Selain bilangan yang berkurangan daripada jangkaan awal, penyertaan ulama-ulama ini dalam parti politik benar-benar menimbulkan tanda tanya di kalangan ramai orang. Ini kerana parti yang disertai mereka bukan Pas mahupun Keadilan, tetapi Umno.

Bermula dari angka 100, tetapi akhirnya yang hadir kurang daripada itu. Itulah yang berlaku pada 25 Jun lalu apabila Pensyarah Fakulti Pengajian Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman mewakili 40 orang ulama muda menyerahkan borang keahlian menyertai Umno presiden parti tersebut, Datuk Seri Najib Razak.

Selain bilangan yang berkurangan  daripada jangkaan awal, penyertaan ulama-ulama ini dalam parti politik benar-benar menimbulkan tanda Tanya di kalangan ramai orang. Ini kerana parti yang disertai mereka bukan Pas mahupun Keadilan, tetapi Umno.

Read more »

ZAKAT FITRAH Tanda Orang Beriman

Syarat-syarat wajib zakat ialah Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab, cukup haul (genap setahun hijriah dan niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja). Bagi mereka yang ada syaratsyarat tersebut, tidak wajar untuk berlengah lagi. Zakat sudah menjadi perkara wajib yang patut dilakukan.

Mengapa kita perlu bayar zakat? Mungkin ada di kalangan yang cetek pengetahuan tertanyatanya apa hikmahnya pembayaran zakat ini. Wang daripada usaha dan titik peluh mereka yang bersungguh-sungguh itu, kenapa perlu diberikan sebahagiannya kepada orang lain?

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman, belanjakan sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi…” (al-Baqarah:267).

Daripada ayat di atas, fahamlah kita bahawa kita perlu mengeluarkan zakat iaitu menyalurkan sebahagian daripada harta kita yang lebih itu kepada orang lain yang memerlukan. Kewajipan ini diperintahkan oleh Allah yang mana zakat terdiri daripada rukun Islam yang keempat.

Read more »

Daripada Editor

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Rasa seram bukan sahaja menonton kisah mistik, tetapi mendengar pelbagai fi tnah, tuduhan dan tohmahan yang
begitu rancak ‘berperang’ di dalam dunia kini. Banyak negara Islam ‘rebah’ dan ‘lumpuh’ dek fi tnah musuh
yang menguasai maklumat media antarabangsa. Senjata halus dengan menggunakan fi tnah mampu menjatuhkan
harga diri individu mahupun kuasa besar sesebuah negara. Perkataan lawan bagi fi tnah adalah benar. Pepatah
menyebut ‘berani kerana benar’. Namun kebenaran itu menjadi lenyap apabila individu yang berkelayakan dan
arif dalam isu yang diperkatakan itu hanya diam ‘membisu’. Akhirnya, penyampai berita tidak bertauliah memberi
alasan ‘jika tiada angin, masakan pokok bergoyang?”. Akhir kalam, contohi akhlak Rasulullah SAW yang digelar
Al-Amin (orang yang dipercayai). Mesej Islam sebagai agama benar disampaikan baginda menjadi ikutan umatnya
di seluruh dunia hingga akhir zaman.

Pesanan Untuk Orang Cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Read more »

Apa Sebenarnya Cinta?

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah.

Memiliki perasaan ingin mencintai dan dicintai adalah sesuatu yang lumrah sifatnya. Tidak terkecuali bagi remaja yang cukup terkenal dengan sikap gemar mencuba. Termasuklah melibatkan soal cinta. Merasai dan menjadi sebahagian daripada pemain watak dalam kisah bertemakan mainan perasaan dan jiwa, tentu menimbulkan kemahuan yang tinggi dalam diri mereka.

Apatah lagi kerap dimomok dengan keindahan jalan cerita drama, fi lem, novel ataupun kisah kawan-kawan yang cukup berbunga-bunga, hati mula melonjak teruja. Alangkah indahnya bercinta! Mengetahui apa itu cinta. Mudahnya melafazkan kata cinta namun tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah. Bagi yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.
Read more »

FITNAH ANCAMAN UMMAH Akhir Zaman

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difi tnah. Kini, menyebar fi tnah seolaholah perkara yang kecil bagi manusia sekarang.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fi tnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fi tnah. Tidak masuk syurga! Jika tidak masuk syurga ke nerakalah tempatnya. Tidak ada istilah ‘duduk di tengah-tengah’ bagi mereka yang melakukan kejahatan.
Read more »

Dari Editor

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Alhamdulillah, akhbar majalah ILuvIslam meneruskan langkah menyampaikan ilmu yang boleh dikongsi bersama pembaca. Terima kasih kepada anda yang memberi maklum balas bagi kami memperbaiki kualiti bahan dari masa ke masa. Semoga Allah
SWT merahmati kalian di dunia dan akhirat. Isu kali ini mengupas tajuk Pemimpin Dunia ‘Zero To Hero’. Biarpun topiknya ringkas tapi memerlukan pengertian yang mendalam. Dengan kupasan isu ini di dalam ruangan terhad, diharapkan pembaca
terus mencari ilmu dengan berguru agar menemui jalan yang betul untuk sampai ke destinasinya (syurga). Dalam berguru atau menuntut ilmu, usahlah pula terlalu taksub sehingga sanggup melakukan perkara yang dilarang dalam Islam. Sesungguhnya Allah
itu Maha Berilmu dan hanya Dia-lah yang berhak dipuji dan dicintai. Amin.

Related Posts with Thumbnails
Powered by WordPress | See the Latest Cell Phone Deals at Bestincellphones.com. | Thanks to MMORPG, Video Game Music and Isochronic beats